Skip to main content

Budaya Popular

"Best Father's Day Gift Ever!" - Isteri Dr. Say Hamil Lagi

say-preg-hader.jpg

Doktor selebriti, Dr. Say Shazril mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua selepas dimaklumkan isterinya, Dr. Azura Abbas sah hamil.

Kata Say, khabar gembira itu dikongsikan isterinya pada pagi Isnin.

"Pagi tadi saya dapat panggilan cemas dari bini “Ubby, i buat UPT (urine pregnany test) tadi & dapat 2 line. I cam tak percaya so i buat sekali lagi & dapat 2 line jugak! Tapi samar2 aa both, betul ke ni? I pregnant ke ni?”. 

"Dah dia kalut saya lagi la kalut “WAAAAH, best gila unny! Alhamdullilah! Hepi gilaaa, mai gambar tengok”.

"Maka di whatsapp-kannya gambar di atas dengan pesanan “u jangan post, benda tak sure lagi, kalau tak jadi nanti i down”, tapi Say Shazril mana dengaq cakap bini & Say Shazril mana boleh simpan excitement maka HERE IT IS PEEPS, ALHAMDULLILAH!" kongsi Say.
 

Must-Watch Video

Advertisement