Skip to main content

Budaya Popular

Bila Kali Terakhir Korang Tengok Sitkom Komedi? Serius Tontonlah Web Siri ‘How Not Lost Your Job’ Ni…Pecah Wey!

how-not-to-lose-your-job-(1).jpg

Bermula 1 Jun lalu Astro Gempak sudah mula menayangkan web siri komedi terbaru berjudul How Not To Lose Your Job.

Serius, menonton episod pertama je pun dah buat korang semua pecah perut tau! Walaupun isu yang diangkat adalah mengenai kehilangan kerja, namun gelagat Miss JJ dan rakan-rakannya mencuti hati.

Bila kali pertama korang menonton drama komedi? Rasanya kalau dulu-dulu kita ada sitcom seperti 2+1, Pi Mai-Pi Main Tang Tu, Spanar Jaya dan selepas itu tidak ada lagi siri komedi yang berjaya diingati sehingga sekarang kan?

Apa kata korang tonton web siri How To Not To Lose Your Job ni sebab kalau korang cari sitcom yang ringan dan nak bergelak ketawa inilah pilihan yang paling tepat!

Sitkom 'How Not To Lose Your Job', ini sangat dekat dengan masyarakat apabila menyentuh tentang masalah majoriti rakyat Malaysia iaitu; tidak kehilangan kerja secara tiba-tiba. Seram ooo!

Tapi…itulah yang terjadi kepada Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng), Julian (Charles Robert), Amu Ratnam (Sukania Venugopal) dan Mimi Haris (Ellyza Azizi).
Episod pertama lalu mengisahkan tentang Miss JJ seorang ketua editor yang diberi tugasan untuk memberitahu kepada rakan-rakan sepejabatnya tentang mereka akan diberhentikan kerja.

Namun, untuk tidak menampakkan dirinya kejam Miss JJ telah mengadakan parti kononnya untuk meraikan ulang tahun syarikat.

Bagaimanapun mereka dikejutkan dengan pemberian notis ditamatkan perkhidmatan, cuma Amu tea lady sahaja yang tidak diberhentikan.

Miss JJ yang pada mulanya menyangka tidak dibuang kerja kerana telah menjalankan misi diamanahkan Boss (lakonan Che Kem) turut menerima nasib serupa seperti teman-temannya yang lain.

Must-Watch Video

Advertisement