Budaya Popular "Buat Fendy Yang Pernah Menjadi Suamiku Suatu Masa Dahulu..." - Dah 2 Tahun Cerai, Ini Luahan Hati Nadira (Caliph Buskers)... Sayunya! Kamaruddin Razal 27/01/2020 | 20:40 MYT Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat. Dua tahun merahsiakan, jalan yang terbaik adalah berterus-terang agar tiada lagi kekeliruan dan tanda tanya dari mana-mana pihak. Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Namun sebagai manusia, siapa kita untuk menidakkan apa yang sudah tertulis. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya, aku redha dengan ketentuan ini. Allah takkan turunkan sesebuah ujian jika kita tidak mampu untuk menghadapinya. Tiada lain yang diharapkan, walau pun hubungan kita sebagai suami isteri telah pun berakhir, aku harap kita dapat berbaik jadi kawan sampai bila-bila. Moga kita dapat menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga dan membesarkan puteri kesayangan kita, Nurazalea Zafirah dengan baik, dengan penuh kasih sayang. Buat Fendy yang pernah menjadi suamiku suatu masa dulu, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini. Terima kasih kerana telah menjagaku walau dalam waktu yang singkat. Berjuta kemaafan ku pohon dari hati yang terdalam. Aku mohon ampunkan segala salah silap sepanjang beberapa tahun aku menjadi isteri, halalkan segala makan minumku selama ini. Meski pun jodoh kita tak panjang, jangan anggap ini sebagai yang terakkhir untuk kita. Tapi anggaplah ini sebagai satu titik permulaan untuk kita memulakan cerita baru, juga langkah baru dalam fasa kehidupan yang baru. Aku doakan semoga kau berbahagia, moga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Satu je aku nak pesan, cari pasangan yang bukan hanya sekadar sayang diri kita, tapi carilah seseorang yang boleh terima kita seadanya, boleh terima dan sayang anak kita seperti anak-nya sendiri walau dalam apa jua sekali pun keadaan atau kondisi anak kita. Dengan penjelasan ini, diharapkan selepas ini kita dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan lebih tenang. Moga ada sinar kebahagiaan dan kebaikan untuk kita berdua. Sekali lagi, maafkan aku. Ikhlas dari: Nurnadira rubiana. #caliphbuskers #newsingle #manusia #warnermusic #worldpeaceentertainment #ikhwanfatanna #omark #johnjeeves #buskinglife #blindmusician #hanyanamamu #kaulahdia #buta #hanyamimpi #astro #meletop #erafm #sinarfm #mediaprima #tv3 #melodi #hotfm A post shared by Nadira (@missnadiralalala) on Jan 26, 2020 at 7:58am PST Topik Berkaitan #cerai #Caliph Buskers Must-Watch Video Read more