Skip to main content

Budaya Popular

Dah Kurus Pun Nak Buat Diet Keto? Ini Jawapan Datuk Fazley Yang Turun 5kg Dalam Masa 2 Minggu

datuk-fazley-keto-diet.jpg

Penyanyi dan Cef Selebriti, Datuk Fazley mengakui turun 5 kilogram (kg) berat badan selepas dua minggu menjalankan diet keto.

Datuk Fazley berkata, penurunan berat badannya kali ini lebih baik kerana badan tidak menggeleber seperti diet yang diamalkan sebelum ini.

“Dah dua minggu saya amalkan diet keto dan turun 5kg. Setakat ini berat badan saya turun konsisten sebanyak 200gram (g) hingga 500g setiap hari.

“Selain keto diet saya juga bersenam secara sederhana. Ada orang kata keto diet ni tak seimbang, tetapi research saya dan selepas meminta pandangan kawan-kawan  doktor, keto ini antara yang paling mudah untuk dilakukan dan paling sihat kerana ia tidak menggalakan pengambilan gula dan karbo.

“Bagi saya itu dah cukup baik kerana gula merupakan kunci kepada banyak jenis penyakit di dunia selain menyebabkan kita nampak tua, cepat penat dan sakit.

“Di luar negara seperti United Kingdom misalnya, sudah banyak restoran yang dah sediakan menu keto. Dalam keto ini kita lebihkan pengambilan protein yang sihat dan mempunyai banyak serat termasuk sayuran dan buah-buahan,” katanya kepada Gempak.

Fazley berkata, ada juga peminat yang bertanya mengapa dia masih mahu mengamalkan diet sedangkan dia bukan seorang yang mempunyai masalah berat badan dan sudah kurus.

“Memanglah saya dah kurus tetapi dalam usia 41 tahun saya nak amalkan gaya hidup sihat. Sekarang ini bukan saya seorang sahaja yang makan menu keto di rumah, tetapi seluruh ahli keluarga saya juga.

“Saya galakkan isteri dan anak-anak untuk mengikuti menu keto. Ramai orang ingat keto diet ni kena pantang banyak makanan, sebenarnya tidak.

“Banyak je makanan sedap-sedap kita boleh makan cuma memotong jumlah karbo dan gula dalam menu harian.

Must-Watch Video

Advertisement