Budaya Popular "Dapatlah Tengok Robert Pattinson..." - Diddy Kongsi Pengalaman Lihat Penggambaran 'The Batman' Depan Mata Badrul Hashim 22/10/2020 | 10:30 MYT Sebelum ini, selalu baca di news tentang shooting filem The Batman yang katanya 70% menggunakan lokasi di Liverpool. Dalam news tu pun selalu la nampak ramai orang bersesak2 di seberang jalan tempat lokasi penggambaran, untuk tengok segala proses penggambaran dan yang paling penting untuk melihat Robert Pattinson dan cast members yang lain. Oleh kerana saya memang tak minat pelakon tersebut mahupun film tersebut, jadi saya pun tak lah rasa nak pergi 'menjengah' ke set penggambaran ni. Tambahan pula dengan kes COVID-19 yang sangat menggila di Liverpool ni. Jadi tak payah la... . Minggu lepas, selepas selesai urusan penting di awal pagi di City Centre, saya pun kebetulan lalu di kawasan shooting tu. Masa tu sekitar jam 9.30 pagi. Dari jauh nampak dorg dah mula dah kerja. Yang menariknya, tak ramai orang2 berkumpul dan berkerumun untuk menyaksikan proses penggambaran macamana yang selalu nampak kat media, kecuali photographers yang bawak kamera panjang tu - mungkin paparazzi, setia berdiri dalam sejuk snap gambar bertalu2. Saya pun join la sekali dok perhati sambil bawa keluar handphone cap ayam ni?, try la ambil gambar dan video, kot2 ternampak Robert Pattinson. Boleh la jadikan modal tunjuk kat adik beradik dan anak buah yang minat dia!? Dari mula rasa tak nak berapa kesah sgt shooting The Batman ni, tetiba terpana tengok dorg shooting. Dengan krew, props, peralatan, siap ada beberapa green screen besar (tak sempat snap pic bila dorg bawa masuk screen ni), dan pelakon extra yang ramai, memang nampak gah la. So dapat la tengok beberapa scene dorang shoot. Katanya ni semua scene funeral. Dapat la tengok Robert Pattinson dalam kereta bila dia sampai, sambil krew dok tolak kereta dia. Beberapa kali jugak la dia dok ulang scene ni. Dah hampir setengah jam bersejuk snap gambar dan rekod video sampai memory handphone penuh, saya pun terus bergerak dan balik rumah. Yang penting, dah dapat bahan untuk share dgn adik beradik dan anak saudara yang minat dengan si Robert ni. ?? *Gambar last tu dari Mail Online utk mengesahkan yg mmg si Robert tu dlm kereta tu, disebabkan handphone cap ayam saya tak mampu nak membuktikannya? A post shared by D.Hirdy (@diddyhirdy) on Oct 21, 2020 at 4:29am PDT Topik Berkaitan #Robert Pattinson #Diddy Hirdy #The Batman Must-Watch Video Read more