Budaya Popular Farhan Asri Insaf Kena Kafan! - "Beginilah Agaknya Rupa Terakhir Saya Sebelum Ke Negara Abadi" Amri Hassan 07/11/2020 | 10:45 MYT Bismillah.. Allahuakhbar.. Salam jumaat semua, Kematian bukan satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Namun mati itu pasti dan ia kekal menjadi rahsia Allah. . Beginilah agaknya rupa wajah terakhir saya sebelum ke negara abadi. Perasaan sedih, tergamam, gemuruh, takut, gementar dan macam-macam lagi bermain di fikiran masa penggambaran drama Menantu Tok Sintok. Agak takut jugalah bila ada babak dikafankan. Watak Badrol yang saya bawakan ini benar-benar memberi iktibar dan keinsafan. Gila tak insaf bila tengok diri sendiri dikafankan. Jujur cakap saya belajar banyak benda dalam drama ini seperti mandikan jenazah, kafankan jenazah mahupun gali kubur. Saya bersyukur Allah bagi saya rezeki ini. Sedikit sebanyak Dia jentik hati saya supaya tak terus leka. Saya juga timba satu pengalaman baru yang tak pernah saya bayangkan dan tak mudah untuk dilakukan sebab pikul tanggungjawab berat kali ini. Eh! emosi pulak hari ini. Sebenarnya just nak share ini salah satu babak yang perlu saya bawakan dalam drama Menantu Tok Sintok siaran Salam Hd tak lama lagi. . Doakan semoga perjalanan karier saya dipermudahkan dan mendapat kepercayaan ramai. Terima kasih kepada penerbit Datuk @a_aidaproduction sebab beri kepercayaan dan tidak dilupakan pengarah hebat Lizam Togel (Ujang) sebab selalu mencabar saya jadi lebih baik serta krew produksi yang sporting dan terbaik. #menantutoksintok @a.aidaproductionsdnbhd A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii) on Nov 5, 2020 at 9:57pm PST Topik Berkaitan #pelakon #pelakon #Farhan Asri #Kafan Must-Watch Video Read more