Budaya Popular "Kejam! Tergamak Guna Isu Sakit Saya Demi Nak Dapat View" - Anita Baharom Terkilan Difitnah Sedang Terlantar Gara-Gara...! Hanafis Haris 15/07/2020 | 12:03 MYT Assalamualaikum Saya kecewa dengan Tajuk2 sensasi yg digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Channel ini tidak pernah interview saya , hanya mengambil dari pihak lain tanpa kebenaran untuk di publish. Kejam ! TAJUK YANG Missleading ni telah membuat saya sangat sedih dan pada yg sama rakan2 jiran, geng2 masjid saya semua hubungi saya ingat saya ni tgh terlantar sakit. “TERLANTAR SAKIT. NETIZEN TERKEJUT DAN TAK SANGKA LIHAT KEADAAN ANITA BAHAROM SEKARANG....” ape??? Pihak Awak nak letak tajuk yg panas2 ini berkaitan dengan sakit / keadaan kesihatan. Bole yee mempermainkan keadaan kesihatan orang mcm ni. Tajuk awak lain isi kandungan cerita yg pihak awak ambil dr org lain x der pun tentang netizen terkejut tengok keadaan ... Saya positif dan lawan sakit saya ni kerana Allah.. saya kuatkan semangat lawan sakit saya.. senang2 pihak awak gunakan tajuk tentang sakit saya ni dan gambar yang saya baru melahirkan anak di ward pada 6 tahun lepas untuk mensensasikan artikal tersebut. Kalau nak jadi wartawan tolong laa jadi wartawan yg beretika dalam membuat laporan. Jangan buat kerja mudah hanya memperlagait hasil kerja orang. Sekian . Buat semua saudara mara sahabat2 ig, fb dan semua yang mengenali diri saya... saya sekarang dalam keadaan sihat.. tidak terlantar seperti tajuk artikal di atas. Yaa saya pejuang SLE.. Cerita tentang saya sakit tak bole jalan tu semua.. berlaku sebelum2 ni.. yg mana skrg alhamdulillah Allah berikan kesihatan pada saya sedikit demi sedikit.. masih ada sakit tapi bukan laa sekarang ni tgh terlantar. Mohon doakan saya sembuh sepenuhnya kuasa Allah siapa yang tahu.. terima kasih atas doa kalian.. ? saya doakan Allah berikan kebaikan buat anda juga.. . #maskonchannel A post shared by Anita Baharom (@anitabaharom) on Jul 14, 2020 at 7:00pm PDT Topik Berkaitan #Anita Baharom #SLE #KITM Must-Watch Video Read more