Budaya Popular Kenapa Fattah Amin Tak Hadir ABPBH 32? Ini Jawapan Empunya Badan, Rupa-Rupanya.... Zulaikha Yusof 23/09/2019 | 12:42 MYT Assalamualaikum buat semua. Dalam kesibukan serta fokus dalam tugas lakonan... Saya dikejutkan dengan rezeki kemenangan Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular di ABPBH 2019 semalam. Alhamdulillah... Saya amat bersyukur di atas kurniaan rezeki Allah swt ini. Ucapan terima kasih saya juga buat semua peminat yang mengundi saya. Buat pengetahuan semua, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran filem terbaru saya “Miimaland” disertai dengan pelbagai tugas-tugas lain. Jadual padat saya telah membuatkan saya kurang sihat dan tidak bermaya justeru tidak dapat hadir ke Majlis ABPBH semalam namun, Anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus bekerja keras dalam memberikan persembahan yang terbaik untuk filem yang ditugaskan sekarang dan masa-masa akan datang. Terima kasih buat semua warga @beritaharian , @tv3malaysia dan terutamanya semua peminat yang ikhlas menyokong saya dan kerjaya saya walau apa pun keadaan. Saya mendoakan semoga Allah swt merahmati anda semua. ? A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on Sep 22, 2019 at 6:00pm PDT Topik Berkaitan #Fattah Amin #ABPBH32 Must-Watch Video Read more