Budaya Popular "Masa Untuk Mereka Kenal Muzik Kita!" - Diddy Mengajar Muzik Malaysia Kepada Pelajar Di University Of Liverpool Badrul Hashim 07/02/2019 | 11:05 MYT Masih lagi terasa bahang #AJL33 yang baru melabuhkan tirai, Diddy membuka tirai pengenalan kepada student2 disini dengan popular music industry di Malaysia dengan memperkenalkan juara lagu tahun ini. Kalau tanya student2 ni, memang dorang tak familiar dengan Malaysian music - walaupun kita ramai penyanyi yang berjaya menembusi ke peringkat antarabangsa. Dikesempatan ini, Diddy gunakan peluang untuk dorang tahu yang kita punya bakat yang tak kurang hebatnya. Sekarang dorang dah tahu sikit sebanyak Juara lagu kita tahun ini, penyanyi kita seperti Dayang Nurfaizah dan Hael, juga komposer dan hasil karya seni kita. Sebenarnya ada dua lagu pilihan Diddy yang boleh jadi juara: Haram atau Sampai Bila. Tapi overall keputusan pada Diddy memuaskan. Biasa lah pertandingan yang bermain dengan subjectivity, the judging panel pun ramai dari pelbagai latarbelakang muzik, banyak aspect dinilai dan pada akhirnya memang bergantung pada rezeki. Berjaya sampai ke peingkat akhir di pentas yang berprestij ini pun sebenarnya adalah satu pengiktirafan besar dari industri. Tahniah kepada semua finalists dan semua karyawan muzik kita. Terima kasih juga pada TV3 yang konsisten memberi sokongan pada industri muzik dengan penganjuran AJL buat kali ke 33 ini. Untuk sahabat2 dalam industri muzik, teruskanlah berkarya dan meneruskan evolusi industri muzik Malaysia supaya lebih kompetitif dimata dunia dan mampu mencetuskan fenomena secara global. I am very optimistic that we can do it! A post shared by Diddy Hirdy (@diddyhirdy) on Feb 6, 2019 at 4:06am PST Topik Berkaitan #Diddy Hirdy Must-Watch Video Read more