Budaya Popular "Mateen Umpama Hadiah Yang Masih Dalam Kotak ..." - Ucapan Yana Samsudin Sempena Hari Lahir Anak..Menyentuh Hati Zulaikha Yusof 22/07/2019 | 12:30 MYT Anak ku @aisymateen , hari ini genap 3 tahun usia anakanda... . . Mommy masih ingat lagi 3 tahun lepas masa ni kami menunggu kelahiran kamu. Masa tu juga macam macam perasaan mommy kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti. Mateen umpama hadiah yang masih dalam kotak. Mommy tak tahu apakah dalamnya dan tak sabar nak membukanya... . . Macam-macam terbayang dalam fikiran... Mampukah kami menjaga sebaiknya, ikut masa makan kamu, jaga sakit kamu, sediakan susu, bangun pagi jam berapa, tidur jam berapa, macam mana nak ajar kamu bercakap dan apakah perangai sebenar kamu.. sampai nama pun kami tak boleh nak decide lagi.. kami panggil Mateen "Ahmad" sahaja dari dalam perut... . . Rupanya hadiah dari Allah ni sangat unik dan sangat berharga! Antara Hadiah mommy yang Paling best selepas Daddy @fadzilzahari! Amanah Allah ni juga sangat comel untuk di bentuk. Semakin hari semakin teruja mommy nak besarkan Mateen... tak sabar nak tunggu hari esok, aktiviti apa yang kita akan buat bersama sama. . . Setiap hari adalah proses pembelajaran kita bersama sama, sampai mommy kadang kadang terlupa Mateen belum berusia 3 tahun lagi.. ?. Hari ini tak sangka Mateen dah boleh jadi teman duet mommy berkaraoke.. . . Takda kek, hanya lah doa dari mommy... Hari juga kamu demam panas , semoga AisyMateen kuat hadapi demam , menjadi anak yang soleh. Sentiasa doakan mommy dan daddy & kirimkan Al Fatihah bila kami dah tiada nanti, jadi seorang pemimpin yang beriman dan seorang pemuda yang tinggi akhlak dan adabnya. Semoga berjasa kepada negara dan agama. Amin amin ya rabbal alamin. . . ???#HappyBirthdayAisyMateen #MateenDanMommy . . . Terima kasih kerana mengaminkan doa saya saya doakan semoga kalian mempunyai anak yang sangat sayang dan doakan anda selalu. . . Ok lah, mommy belanja video aisy mateen tunjuk bakat sikit dan kalau nak video penuh boleh ke youtube. Link ada kat bio atas ... ??❤?? A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on Jul 20, 2019 at 7:10am PDT Topik Berkaitan #Yana Samsudin #Aisy Mateen Must-Watch Video Read more