Budaya Popular #MyHero: "Mereka Dari Puchong Menuju Ke Kuala Perlis" - Kisah Sayu Keluarga Naik Motor Ini Runtun Hati Netizen... Zulaikha Yusof 26/04/2020 | 18:17 MYT SEMOGA SELAMAT SAMPAI DI LANGKAWI. . Semalam sepasang suami isteri dan seorang anak kecil yg menaiki motorsikal di lebuhraya telah ditahan oleh anggota keselamatan barisan hadapan dalam sekatan jalanraya. . Sewaktu disoal, si suami menjelaskan bahawa mereka dari Puchong menuju ke Kuala Perlis untuk balik ke Langkawi. . Beliau juga menunjukkan surat buang kerja dari majikan dan dia sudah putus punca pendapatan akibat PKP serta mengambil keputusan nekad untuk pulang ke kampung di Langkawi. . Menitis air mata petugas menahan sebak melihat kepayahan keluarga muda tersebut dengan anak kecil yg masih belum mengerti kesusahan yang ditanggung kedua ibubapanya. . Mereka dilepaskan untuk meneruskan perjalanan mereka. . Semoga mereka selamat sampai ke destinasi. . -Kisah ini diceritakan sendiri oleh anggota berkenaan- . . Kredit : Peneng Press A post shared by BERITA MALAYSIA TERKINI (@999malaysia) on Apr 23, 2020 at 8:14pm PDT Topik Berkaitan #Keluarga #Motosikal #MYHero Must-Watch Video Read more