Budaya Popular "Penceraian Atas Persetujuan Bersama & Demi Kebaikan Masing-Masing" - Sam Bunkface Mohon Maaf Kerana Merahsiakan Penceraian Zulaikha Yusof 20/06/2019 | 11:54 MYT Salam, disini Sam ingin mengesahkan bahawa pada Januari lepas Sam dan Aida telah memfailkan penceraian perkahwinan kami di hadapan hakim Mahkamah Syariah . Perkahwinan kami yang bertahan selama 4 tahun diakhiri dengan persetujuan bersama dan demi kebaikan diri masing masing. . Sam ingin meminta maaf kerana menyimpan berita ini selama beberapa bulan, ini adalah kerana Sam amat menjaga privasi keluarga Sam, dan juga demi menjaga perasaan kedua dua belah pihak keluarga Sam dan keluarga Aida. . Walaupun kini kami tidak lagi tinggal bersama, tetapi hubungan Sam dan bekas isteri masih lagi baik dan kami berhubung bagi urusan menjaga Maleeq. . Sam ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami, terutamanya yang sentiasa menyokong karier kami di dalam industri ini. Doakan Sam untuk tabah meneruskan perjalanan dibumi Allah ini. Assalamualaikum. A post shared by Shamsul Annuar (@sambunkface) on Jun 19, 2019 at 7:09am PDT Topik Berkaitan #cerai #Sam Bunkface Must-Watch Video Read more