Budaya Popular "Pentas Politik Tak Sesuai Bagi Saya" - Ben Ali Undur Diri Dari Armada, Nak Fokus Berbisnes Amri Hassan 09/01/2020 | 12:40 MYT Terima Kasih ARMADA. . Pada 3hb Januari yang lepas berakhirnya mesyuarat terakhir Armada Nasional. Perjalanan suka & duka selama 3 Tahun bersama barisan kepimpinan Armada & Bersatu khususnya banyak mengajar saya tentang selok belok dunia politik negara. . Tidak pernah terfikir akan bergiat aktif dalam politik apatah lagi berada di dalam saf kepimpinan tertinggi Armada Nasional. Ianya merupakan satu penghargaan bagi saya. . Kepada @syedsaddiq , terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan selama 3 tahun ini sebagai Exco Armada Nasional. . Teruskan politik khidmat dan kekal fokus didalam membela nasib rakyat. . Saya secara rasminya mengundurkan diri dari tugasan politik apabila tamatnya sesi 2017-2019 ini untuk mengalihkan fokus saya sepenuhnya kepada perniagaan yang dibina sejak Februari 2018 lagi. . Maaf sekiranya saya tidak menjalankan tugas dengan baik atau tidak berkhidmat seperti yang diharapkan selama ini. . Kepada yang bertanding pada Pemilihan Parti nanti, selamat maju jaya saya ucapkan. . Sedikit nasihat daripada saya, tak kira apa pon warna baju kita sarung, pastikan Agama , Bangsa & Negara menjadi teras kepada perjuangan kita dan bukannya berjuang untuk kepentingan peribadi. . Pentas politik bukanlah pentas yang sesuai bagi saya. Tapi mungkin sesuai untuk anda semua. . Doakan kejayaan saya didalam dunia perniagaan. . Amin. . Sehingga kita berjumpa lagi. . السلام عليكم . ٨/١/٢٠٢٠ A post shared by Ali Nadzwan ?? (@bena1i) on Jan 8, 2020 at 4:53am PST Topik Berkaitan #pelakon #pelakon #Armada #Ben Ali Must-Watch Video Read more