Skip to main content

Budaya Popular

"Pernah Kena Sound Aku Ni Tak Handsome Susah Jadi Hero..." - Idzham Ismail Jadikan Kekuatan Untuk Buktikan Kemampuan Diri

02.jpg

7 tahun aku berjuang , kenapa aku nak berhenti tengah jalan ? . Aku masuk dalam industri lakonan pon dengan cara tak sengaja . Bermula dengan nak cari duit lebih nak ride malam minggu . . Bawak motor pergi set shooting jadi extra dapat payment simpan . Perlahan lahan dapat dialog dan disitu mula minat . Berkongsi pengalaman , kena bahan gais . Biasalah masa tu orang tengok aku jadi pokok je boleh ? . Casting berpuluh kali pergi dapat akhirnya cerita yang korang suka dulu . Juvana . . Lepas Juvana senang ? Siapa cakap ? Dalam Juvana tu aku watak picisan je , supporting kecil tapi dapat kepercayaan director dan stesen utk bawa watak antagonis kecil . . Lepas tu bukan senang juga , lekat dengan antagonis bertahun-tahun , nak try watak lain orang tak percaya sebab dah lekat aku ni perogol penjenayah kaki rempit dan antagonis yang lain . . Mengalah time tu ? Boleh je time tu aku nk tarik diri dari lakonan . Tak terlambat lagi time tu tp sebab aku minat , aku baru rasa acting tu bkn sebab PERHATIAN , bukan sebab POPULAR tapi lebih kepada explore identiti diri aku , lebih kepada explore watak yang aku sendiri tak terfikir nak buat in real life . . Tahun 2018 nampak la upgrade dapat watak baik , watak kesian , alhamdulillah tahun ni dpt watak yang memang aku nak . Masih aku fight utk ke tangga paling atas dikalangan pelakon hebat-hebat walaupon aku sedar aku ni bkn level kacak , pernah kena sound aku ni tak handsome susah ni nak jadi hero . Apa ada hal , benda kecik je setakat sound tu aku jadikan kekuatan utk aku buktikan yang orang yang cakap aku mcm tu salah. . 2019 aku masih lagi fight sbb apa ?sebab minat aku dlm lakonan makin mendalam , aku pergi kelas lakonan walaupon aku dah bertahun jadi pelakon. Tak salah gais kalau kita nak dalamkan lagi ilmu kita dalam bidang kita . . Inshaallah , berkat doa org sekeliling dan support aku dari dulu , aku akan banggakan diorang . . Korang jangan cepat give dgn apa yang korang tgh usahakan . Mana tahu selapis dinding je lagi nak dapat "permata" korang dah give up . Kan rugi tu ?

A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on

Must-Watch Video

Advertisement