Filem arahan Razaisyam Rashid, Pusaka masih membara di pawagam.
Mendapat sambutan positif penonton semenjak mula ditayangkan pada 31 Oktober lalu, filem ini mencipta fenomena tersendiri.
Naskhah ini juga berjaya meraih kutipan sebanyak RM12.5 juta dalam masa 25 hari tayangan!
Menerusi beberapa entri di laman Instagram Astro Shaw, rata-rata peminat gemarkan 'plot twist' yang dipaparkan dalam filem ini.