Budaya Popular "Saya Bangga Darah Malaysia Mengalir Dalam Anak Saya" - Rihana Oksana Petra Zulaikha Yusof 22/07/2019 | 12:51 MYT Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir...dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya - seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku! P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️ A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on Jul 21, 2019 at 4:33pm PDT Topik Berkaitan #Rihana Oksana Petra Must-Watch Video Read more