Budaya Popular “Tukar Baju, Cabut Segala Cucuk Sanggul, Belum Lagi…” – Pengurus Datuk Siti Kongsi Momen Belakang Tabir Konsert Di Jakarta Mya Amri 26/02/2019 | 20:02 MYT Gambar candid ini diambil oleh @therealfafau, tak perasan langsung, tiba-tiba dapat gambar-gambar ini menerusi whatsapp beliau. . Persiapan terakhir di bilik solek sebelum konsert #sitinurhalizaontour Jakarta yang lalu. . Di antara momen yang tidak terlihat orang adalah bagaimana suasana setiap kali pertukaran baju di belakang pentas. Itu momen paling mendebarkan sebab masa yang ada tidak sampai 3 minit, perlu cepat, cekap dan tidak gelabah. Hahaha..bab gelabah ni paling lucu. . Oleh kerana momen ini terjadi di bilik persalinan yang dibuat khas di belakang pentas dan bertutup, hanya saya, @ctdk dan siapa yang membantu saja yang tahu. Cemas, lucu, kelam kabut dan macam-macam dah terjadi. Itu belum lagi tiba-tiba zip baju rosak dan capai baju standby atau tak sempat nak rapikan baju, rambut atau tudung. Nak salin baju, nak cabut segala macam cucuk sanggul, pin tudung, tali pinggang, tukar ke baju seterusnya, pakai tudung, cucuk sana sini hahahaha. Itu belum lagi nak touch up make up, ganti warna lipstik ke, lap peluh, minum air, ingatkan @ctdk apa-apa yang patut. Tiba-tiba ada sayap, superwomen terbang! Hahaha.. . Pengalaman tak boleh dibeli tetapi dilalui. Terima kasih @therealfafau untuk gambar-gambar ini. Terima kasih juga sudi datang ke Jakarta memberikan sokongan kepada @ctdk . A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on Feb 25, 2019 at 8:51am PST Topik Berkaitan #Datuk Seri siti Nurhaliza #Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour Must-Watch Video Read more