Budaya Popular "Untuk Pakcik & Makcik Dalam Group WhatsApp Mama, Cukuplah Hantar Mesej Mengarut" - Naim Daniel Gaduh Dengan Mama Badrul Hashim 08/04/2020 | 09:13 MYT Salah satu punca aku suka duduk bilik je masa PKP ni adalah untuk nak elak dari gaduh dengan mama. Kadang-kadang aku baru je turun tak sampai 3 saat dah gaduh ahahaha. Tapi aku admitlah yang kalau tak gaduh dengan mama sehari memang tak lengkap hari aku. Mama pun rasa macam tu. Mungkin ni cara aku dengan mama punya bonding, pelik sikitlah tapi. Macam harini pun aku saja je cari pasal tak wish Happy Anniversary Mama dengan Papa yang ke 35 tahun, triggered jugalah dia tadi ahahahahh. Adakah korang mengalami komplikasi yang sama, dimana parents korang dapat ws pepelik je sepanjang musim covid 19 ni dan diorang pun minta pendapat korang dan akhirnya berakhir dengan pertelingkahan bagai berbeza sokongan politik? Haha, welcome to the club. Pantau parents korang, minta diorang baca news dari KKM sahaja dan bukan daripada page fesbuk semata. Lagu ni aku rasa sangat-sangat tak best sebab aku macam tak tahu apa aku buat tapi aku nak post juga. Insyaallah aku akan datang dengan benda yang lebih baik dari ini. Selamat mendengarlah ya ?? A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on Apr 7, 2020 at 5:27am PDT Topik Berkaitan #Ibu #Naim #Daniel: Must-Watch Video Read more