Skip to main content

Budaya Popular

"Weh, Ustaz Suka Kat Kau? Ustaz Tu Lelaki Kot. Jangan-Jangan Ustaz Tu Gay" - Dr Che Hafiz

2.jpg

Weh..Uztad suka kat kau!? Ustad tu lelaki kot.. jangan2 ustad tu gay! Teringat satu Kisah masa sy zaman sekolah. Waktu tu sesi kelas subjek pendidikan islam. Masa tengah mengajar ustad tu pun cakap dia suka kat seseorang.Tambahan seseorang yg dimaksudkan itu jantinanya adalah seorang lelaki. Kemudian Ustad menjelaskan bahawa tidak ada masalah pun jika kita menyukai lelaki di atas sebab kelebihan yang dikurniakan seperti kerjaya yang bagus, sifat keperibadian yang baik, kategori orang2 yang berjaya atau orang2 yang dihormati yang boleh dijadikan sbg idola dlm kehidupan kita seperti baginda Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya beberapa bulan yg lepas sy telah menerima DM drpd sorang Hamba Allah ni. Dia kata dia jumpa sy dekat dlm satu applikasi.Di mana applikasi tersebut adalah untuk orang2 yang suka sesama jenis(gejala songsang).Perkara seperti ini sy tidak hairan jika berlaku disebabkan kecanggihan teknologi masa kini dan dgn mudah sahaja org boleh ambil gambar kita untuk digunakan bagi tujuan yg bukan2 termasuklah apa yg telah sy kena. Sy yakin perkara sebegini sudah tak asing lagi.ia sudah banyak berlaku dan bukan sy sorang shj yg dah terkena ianya dah tak mustahil lagi untuk dunia akhir zaman ni. Sy tahu saya jenis yang open minded,berkawan je dgn sesiapa tak pernah judge people bila berkawan dan bila org layan kita baik kita balas baik tp tetap ada batasnya.mgkin ada rakan2 sy yg terlibat dgn gejala songsang ini tapi bukan hak sy untuk menghukum dan kutuk mereka. Mereka juga adalah manusia.jika Kita mampu nasihat lah mereka secara baik tetapi jika tak mampu diam itu adalah lebih afdal.sy juga ingin nasihatkan bahawa jika anda menerima berita spt ini untuk meneliti atau selidik terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara sebelum jump into conclusion. Sy percaya kita semua bijak2 pandai dan dikurnia akal untuk berfikir secara waras jadi jgn sia2 kan nya. Pd harini Kesimpulannya mudah shja yg Sy ni bukanlah gejala songsang yg disangkakan. Mmg buat masa ni sy Kekal single bukan kerana sy trauma kpd wanita tapi sy ingin beri lebih tumpuan kpd kerjaya & anak sy agar membesar dgn baik.soal Jodoh tu di tangan tuhan klau ada xkan kemana pun. Sekian..

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on

Must-Watch Video

Advertisement