Sukan Lain "Kulit Bergeser Kayu! Panas, Pedih & Sakit... Dah Macam Ayam Kena Sembelih" - Azizulhasni Awang Amri Hassan 15/12/2019 | 02:42 MYT [Part1] Hello guys, . Ketika saya mengarang posting ini, saya masih berada di hospital. Diatas katil dan baru lepas X-Ray dan MRI scan. Sekarang menunggu berita dari Doktor dan pasukan perubatan di bilik kecemasan Hospital Princess Alexandra. . Jom saya bawa anda semua ketika kemalangan berlaku. Ketika loceng dibunyikan, menandakan tinggal lagi satu pusingan, saya cuba memecut kehadapan untuk memotong pelumba dari Poland yang berada dihadapan. Ketika cuba memotong, pelumba dari Jepun yang datang dari belakang juga cuba untuk memecut kehadapan dan mmemanncunng saya kedalam mengakibatkan saya terrhiimmpet dengan pelumba dari Poland dan terus mencium permukaan velodrome bersama beberapa pelumba yang lain. Panccungaann itu kalau diikutkan seperti datang dgn nniiaattt yg kuuraanngg baekk namun sebagai seorang atlet professional yang berjiwa besar, saya tetap melihatnya dengan positif. Sudah lumrah dalam dunia lumba basikal track ini terutamanya dalam acara Keirin. Jatuh bangun itu adalah adat bertanding dan tidak perlu mengambil perkara seperti ini secara peerribadi. Semua orang mahu menang dan disebabkan itu kadang-kadang benda tidak diingini berlaku. This is the beauty of the sport, sometime you win, sometime you bahamm tanohh. Saya dimaklumkan pelumba Jepun itu di Disqualified kerana salah beliau. Malangnya, keputusan itu tidak menghilangkan sakit dan luka-luka dibadan saya yang sasa ini. . Saya terseret jauh, mata di pejam, terasa kulit badan bergeseran dengan permukaan kayu, panass, pedih dan sakit, situasi amat huru hara,terdengar juga jeritan dari pelumba lain. Dalam hati saya hanya mampu menyebut nama Allah dan berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badan saya seperti kejadian pada tahun 2011 lalu. Apabila seretan sudah berhenti, saya mengerang kesakitan, tidak dapat bernafas hasil dari hentakkan jatuh dan juga di langgar oleh pelumba dari belakang saya pada kelajuan at least 70km/h. Saya dah macam ayam kene sembelih. Ramai org mengelilingi saya, saya tidak dapat membuka mata, tapi terdengar suara jurulatih John Beasley, beliau suruh saya baring, relax dan cuba bernafas. [Bersambung] A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on Dec 14, 2019 at 12:47am PST Topik Berkaitan #Kemalangan #Azizulhasni Awang #Azizulhasni Awang #Lumba Basikal Must-Watch Video Read more