Skip to main content

Viral

10 Kematian Dilaporkan, Vaksin Covid-19 Fasa Pertama Dijangka Tiba 26 Februari Ini

kes-harian-covid-1-feb-2021.jpg

Bilangan kes baharu positif Covid-19 di Malaysia hari ini mencatat penurunan berbanding semalam dengan 4,214 kes dilaporkan.

Daripada jumlah kes baharu itu, sembilan merupakan kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara, manakala sebanyak 4,205 kes adalah penularan dalam negara.

Kemas kini terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di negara ini ialah sebanyak 219,173 kes.

Kes aktif pula pula ialah sebanyak 48,074 kes dan jumlah kematian baru pada hari ini ialah sebanyak 10 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 770 kes.

Must-Watch Video

Advertisement