Skip to main content

Viral

4 Tahun Simpan Hubungan, Harris Annuar & Asha Merican Kahwin! Tangisan Kak Ton Buat Netizen Sebak

untitled-design-2022-06-11t233305-809.jpg

Aktor Harris Annuar sah bergelar suami kepada pelakon dan model Asha Merican pada Sabtu dengan hanya sekali lafaz. 

Menerusi laman sosial Instagram , Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar memuat naik foto seusai majlis pernikahan bersama isterinya untuk tatapan umum. 

Malah, majlis pernikahan kedua-dua selebriti tersebut turut disiarkan secara Instagram Live. 

“Selepas empat tahun dalam perhubungan dalam diam, assalamuaikum isteriku @ashamerican,” tulis Harris di ruanhan kapsyen. 

Harris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1001.00 kepada Asha dalam majlis serba putih. 
 

Must-Watch Video

Advertisement