Skip to main content

Trend Pasaran

5 Tahun Menunggu, Kieda Crepe Hamil Anak Ketiga

astro-gempak-kieda-hamil.jpg

Pemilik perniagaan pencuci mulut, Kieda Crepe menzahirkan rasa syukur selepas dia disahkan hamil.

Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda menjelaskan yang hasil ujian kehamilan yang dibuat menunjukkan tanda positif.

Selain itu, Kieda turut menyampaikan berita gembira itu secara ‘kejutan’ kepada suami tercinta.

Kongsi wanita itu, dia dan suami menunggu selama lima tahun menantikan zuriat selepas anak keduanya lahir.

Tidak kurang dengan itu, ramai dalam kalangan pengikut dan penyokong Kieda turut mengucapkan tahniah atas berita gembira itu.

Terdahulu, Kieda dan suami mengalami kerugian sekitar RM800,000 selepas peti besi yang diletakkan barang kemas kepunyaannya dilarikan perompak.

Kejadian itu berlaku di kediamannya di Pokok Sena, Pulau Pinang.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement