Skip to main content

Berita Tempatan

"Abang Tak Sempat Nak Memohon Maaf Daripadanya..." - Afdlin Shauki Jelaskan Kenapa Dia Kini Lebih Banyak Berdiam Diri

1.jpg

Mungkin ramai yang perasan yg abg dah kurang posting yg berbentuk komentari sosial dan politik sekarang dan mungkin ramai yang tertanya kenapa. Jawapannya mudah saja, di usia abg sekarang dan selepas pemergian ibu, ayah dan adik abg dalam masa yg sangat terdekat. Ada satu insiden yg bermain di minda. Kerana berpemikiran positif yg bonda akan selamat dari pembedahan jantung yg di katakan rutin, abg tak sempat nak memohon maaf daripadanya sebelum beliau memasuki bilik bedah. Dan semua tahu yang ibu abg telah pergi selepas pembedahan itu. Jadi realisasi paling besar bagi abg adalah kadang kadang kita ni lupa yg Allah SWT sudah set ajal kita dan bila tiba masanya, positive macam mana minda kita pun takkan mengubah anything. So abg nak mintak maaf kepada sesiapa yg pernah rasa sakit hati atau rasa dirinya di salahi abg. Apa yg abg buat sekarang adalah lebih kepada action more than words. Nak buat baik kita buat ajalah, social media ni adalah platform paling mudah kita membuat dosa jika kita mengeluarkan pendapat dalam keadaan marah atau terfitnah orang berdasarkan informasi tak tepat. Jadi korang akan tengok kerja abg saja di social media dan pekara perkara happy dan personal abg sahaja. Kepada yg mengata atau memfitnah abg, abg maafkan semuanya. Sekali lagi kita takkan tahu semua fakta yang sebenar, kecuali kita nampak dgn mata kepala sendiri jadi kita sangkabaik saja semua benda yg tgh kecoh dekat social media macam kes kawan kawan kita yg berada dalam kesusahan. Jom kita buat media social ni tempat yg kita dapat ilmu dan berhibur secara baik. Diam tak bermakna lemah. Kekuatan datang dari kesabaran dan undang-undang Allah dan kehakiman di dunia.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Must-Watch Video

Advertisement