Berita Antarabangsa "Ada Individu Berisiko Yang Tidak Memberi Kerjasama, Merungut Serta Menghina .." - Suami Ummi Nazeera Zulaikha Yusof 10/04/2020 | 11:49 MYT Ini Dr. Sarah. Dia kawan sejak zaman uni. Team Dr. Sarah ditugaskan untuk mengambil sampel Covid-19 (saringan) daripada individu2 kluster berisiko di lapangan. . Hari2 mereka berjumpa individu2 berisiko sambil memakai PPE lengkap yang amat tak selesa untuk dipakai tu. Dahlah tengah panas terik. Tetapi perkhidmatan mereka tetap diteruskan demi kesejahteraan semua. . TIBA2, Dr Sarah ada simptom2 dan dia terpaksa mengasingkan diri daripada keluarga sehingga test Covid-19 dibuat. Dan malangnya, setelah dibuat keputusannya COVID-19 POSITIF. Memang amat mendukacitakan tetapi inilah risiko yang petugas kesihatan dan frontliners terpaksa hadapi . Dr. Sarah telah dijemput oleh ambulans untuk dihantar je wad isolasi Covid-19 di hospital BERSEORANGAN. Dia ditahan di wad selama 14 hari sehingga discaj.Setelah itu, dia dikuarantin selama 14 hari lagi. Inilah protokol KKM. Ini juga bermakna lebih SEBULAN Dr. Sarah terpaksa BERPISAH daripada suami dan anak kecil dia serta semua orang lain. Kalau korang kena agak2 macam mana rasa? . Rakan2 seperjuangan Dr. Sarah sudah tentu terkesan mengetahui rakan mereka sendiri Covid-19 positif. Tapi nak buat macam mana, kerja harus diteruskan. Amat mencabar mental mereka semua. Dr. Sarah hanyalah satu contoh kes yang berlaku dikalangan petugas kesihatan tetapi inilah realiti kami semua. . Tetapi, sekarang ada individu2 berisiko yang bukan sahaja tidak memberi kerjasama, malah complain serta menghina anggota kami, itu dah MELAMPAU. Kami tak kisah latar belakang korang. LANTAKLAH. Janji kami dapat selesaikan kes anda. We don't even care to judge. Kami hanya nak laksanakan tanggungjawab kami. Kalau pesakit diarahkan untuk ambil sampel swab atau kena kuarantin kat fasiliti tertentu, IKUT JELAH. Kami bukan suka2 buat/arah. Kami hanya mengikut garis panduan. USAH SULITKAN lagi tugas2 kami yang sememangya tak berkesudahan. . Jom doakan agar petugas2 kesihatan dan frontliners dilayan sebagaimana seorang manusia harus dilayan. Dengan penuh ihsan dan budi pekerti. Harap2 mental kami semua kuat bertahan. . Semoga Dr. Sarah dapat menghabiskan tempoh kuarantinnya dan kembali berjumpa dengan keluarga secepat mungkin. Aminn . #drizzarshares A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on Apr 9, 2020 at 5:33am PDT Topik Berkaitan #Ummi Nazeera #Dr. Izzar #COVID-19 Must-Watch Video Read more