Skip to main content

Viral

“Ada Yang Cakap Saya Pergi Menggatal”- Dikecam Netizen, 'Kembar' Siti Sarah Jelas Tujuan Berjumpa Keluarga Penyanyi Itu

kembarsitisarah_1.jpg

Wanita yang tular selepas wajahnya dikatakan seperti kembar kepada Allahyarham Siti Sarah meluahkan rasa kesal apabila menerima kecaman dilemparkan netizen sewaktu menghadiri majlis hari lahir bapa arwah iaitu Raissuddin Hamzah, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok miliknya, wanita dikenali sebagai Emy itu berkata, dia sekadar memenuhi undangan selepas dijemput oleh isteri kepada Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi.

“Ada yang cakap saya pergi sana menggatal la, ambil kesempatan. Tapi niat saya hanya mahu berjumpa ayah arwah saja, sebab mereka jemput. Ada rezeki, kita pergi la.

“Tapi dari Facebook sampai ke TikTok, tak ramai yang berfikiran positif. Mereka hanya baca tajuk, tengok gambar pastu terus maki-maki,” katanya.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement