Berita Tempatan "Ahli Soleh Tegur Silap Kita, Jangan Melenting..Dengarlah" - Ini Pesanan PU Amin ZULHILMI JALIL 26/06/2020 | 15:23 MYT Dalam hidup ni carilah guru. Cari Ulama yang boleh bimbing kita. Akhir zaman ni orang ramai jauh dari guru dan ahli soleh. Mata kita terhijab dari mengenal ahli soleh dan ulama.. . Dekat kan diri dengan mereka, kerana kita akan dapat banyak ilmu. Kerana kita akan dapat keberkatan dari mereka. Biasakan cari guru, jangan guru datang jumpa kita.. . Dalam hati kena sayang Ulama, sebab Ulama itu pewaris Nabi. Akhir zaman ni para ulama akan ramai dimatikan Allah, maka itu tanda ilmu hilang dari dunia ini. Segeralah cari Ulama, kalau ulama , ahli soleh tegur silap kita jangan melenting, dengar lah, muhasabah.. . Bila jumpa orang soleh minta mereka doakan kita. Itu adab dan akhlak bila jumpa ulama dan ahli soleh. Ya Allah jagalah dan peliharakan lah Para Guru dan Ulama kami yang telah pergi.. . Kenangan bersama Al Marhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus. Ustaz senyum dan terus bagi nasihat. Ustaz kata jaga anak baik baik. Akhir zaman banyak bahaya. Ustaz kata lagi, hiburan yang ada hari ni sangat menakutkan, jaga jaga kata ustaz.. . Dato Ismail Kamus pergi hari Jumaat juga. Moga Allah temukan kita di Syurga. Alfatihah, mari kita bacakan buat Al Marhum Tuan Guru. A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on Jun 25, 2020 at 4:46pm PDT Topik Berkaitan #PU Amin #Ismail Kamus #Ulama Must-Watch Video Read more