Skip to main content

Budaya Popular

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

astro_gempak_aiman-ameer-wajah-disamakan-selebriti-lain.png

Menurut Aiman Ameer atau lebih mesra disapa Ameer, dia mengakui ada menerima komen dari netizen yang mengatakan wajahnya seperti pempengaruh Aisar Khaled dan aktor Ashraf Muslim.

“Ada…penat. Sebenarnya bukan Aisar Khaled saja, ada orang cakap macam Ashraf Muslim juga.

Ameer yang juga juara Hero Remaja musim 2023 itu menambah, dia tidak terkesan dengan komen-komen yang diberikan netizen sebaliknya menganggap ia sebagai gurauan.

“Saya tak pernah jumpa dengan dia. Mungkin dia ‘long lost brother’ saya, tapi dia tinggi, mungkin dapat bekerja sekali nanti,” ujarnya.

Muncul Dalam Kelas Tahanan Cikgur Hiragi

Dalam perkembangan lain, Ameer yang bakal muncul dalam drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan ramai pelakon baharu dan senior.

“Saya rasa seronok bila berlakon dengan ramai kawan-kawan Hero dan Dewi Remaja, kami berlakon sambil belajar dan cari pengalaman dari pelakon senior.

“Insya-Allah kami sangat bekerja keras untuk menggantikan pelakon-pelakon yang dah bersara sekali gus mewarnai industri ini,” tutupnya.

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi bakal ditayangkan 25 September setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria, On Demand dan strim Astro Go.

Must-Watch Video

Advertisement