Skip to main content

Berita Tempatan

Ainan Salsabiela Nama Anak Sulung Ainan Tasneem

ainan.jpg

Assalamualaikum semua. Nama saya Ainan Salsabiela Binti Mohamad Ariffudin. Maksud nama saya 'Mata Air di Syurga', sama maksud lebih kurang dengan nama Ummi saya. Doakan saya menjadi anak yang solehah ya semua. ☺️ ----------------------------------------------------------- Indahnya nama 'Salsabila' ini adalah kerana ianya adalah mata air di syurga, yang akan diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabin), sedang para abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil (air halia yang segar dan wangi). . وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلًا "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil"," (Surah Al-Insan : ayat 17) . عَيْنًا فِيهَا تُسَمَّىٰ سَلْسَبِيلً "Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil"." (Surah Al-Insan : ayat 18) . "Sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. Sungai-sungai tersebut berupa sungai madu, sungai khamar yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak berubah rasanya. Sungai-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkatan-tingkatan syurga seperti tersebut di dalam hadis yang bermaksud ; "Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat "Arasy Allah, dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga." (HR. Bukhari) . (Bedung from @webbitz ?)

A post shared by A I N A N T A S N E E M (@ainantasneem92) on

Must-Watch Video

Advertisement