Skip to main content

Budaya Popular

Akui Isu Duit Antara Punca Masalah Utama Band Muzik, Kugiran Masdo Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Ketelusan Amat Penting Kerana…”

astro-gempak_kugiran_masdo_isu_duit-3.jpg

Kumpulan Kugiran Masdo menyedari isu melibatkan kewangan akan menjadi salah satu punca utama masalah yang akan timbul dalam sesebuah band muzik. 

Masdo yang dianggotai Ali Sariah (penyanyi, gitar), Putuceri (bass) dan Asmawi (gitar) berkata mereka mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak berdepan dengan masalah itu. 

“Di zaman sekarang ini banyak info-info yang kita tahu band dulu mempunyai masalah yang berkaitan dengan kewangan. Jadi, dari awal pertubuhan Masdo ini, kami sudah tahu masalah duit ini menjadi punca utama. 


“Oleh itu, kami meletakkan ketelusan dan kejujuran sebagai keutamaan bagi mengelakkan masalah kewangan yang boleh merosakkan persahabatan kami. Sebab itulah syarikat pengurusan kami sangat tulus dan bertulis. 

“Kami sudah bersembang tentang perkara itu dan kami juga tahu band-band di sekeliling kami yang berjaya mungkin mempunyai masalah sebegini”, kata Putuceri mewakili kumpulannya kepada Gempak. 

Kumpulan Masdo ketika ditemui di sidang media Battle Of The Time: EXISTS X MASDO pada Rabu. 


Dalam masa yang sama, kumpulan yang terkenal dengan lagu Bunga itu tidak memandang remeh isu kewangan, kerana pengalaman yang pernah dikongsikan oleh band dahulu telah mengajar mereka untuk mengambil serius tentang perkara ini.

“Buat masa ini, kami mempunyai pihak pengurusan yang menguruskan kewangan kami. Namun, kami tidak lepas tangan dalam hal berkaitan kewangan kerana isu ini tidak boleh dipandang ringan. 


“Kami juga belajar dari sejarah industri mengenai pentingnya menguruskan perkara ini dengan serius”, tegasnya. 

Must-Watch Video

Advertisement