Jurusolek selebriti yang menatarias wajah Fatin Afeefa ketika majlis pernikahannya baru-baru ini, Datuk Alha Alfa memuji peribadi pelakon tersebut.
Dedah Alha, sepanjang proses menyolek, Fatin tidak banyak songeh dan memberikan kepercayaan penuh kepadanya berkarya.
"Sampai-sampai je saya macam biasalah, tanya 'ada nak request look macam mana?'. Fatin kata 'tak ada, I tahu nak cantik je! I percayakan you'.
"Bagusnya Fatin ni, sandar kat kerusi, tengok phone pun bila perlu je, dia tadah je muka dan tak minta cermin ke apa.
"Bila dah siap, dia bangun dan tukar baju dan saya pakaikan tudung. Senyum-senyum tengok cermin, ucap terima kasih, terus gerak," kongsi Alha dalam sepotong video di Instagramnya.
Solekan Alha untuk majlis pernikahan Fatin pada 30 Disember lalu mendapat pujian ramai, malah ada yang turut memuji budi bahasa Fatin.
"Bagus Fatin ni, sungguhpun seksi, aku respek dia. Selalunya bila nak nikaj jenis yang free hair tak pakai tudung.
"Dia dah memang sedia cantik. Tak payah risau dah nak tengok cermin ke tak.
"Alha punya tangan ni tak tahulah, make up jadi. Ya Allah gifted betul. Pengantin jadi lain macam.
"Wow sekali pandang macam Karisma Kapoor!
"Cantik sangat. Berubah muka walaupun selalu make up," puji beberapa warganet.
Viral
Alha Alfa Puji Sikap Fatin Afeefa, Tak Banyak Songeh! - "Dia Tadah Je Muka, Tengok Phone Bila Perlu Je"