Dalam video oleh China Press, Alice turut mendedahkan bahawa dia kini sedang hamil anak kepada Dato Seri yang tidak dinamakan itu.
“Memandangkan Dato Seri sudah berkahwin, tolong jangan didedahkan kepada umum,” dedahnya.
Alice kemudian berlalu pergi untuk bersama kakaknya semula ketika mereka keluar untuk memasuki mahkamah.
Terdahulu, SKMM telah bekerjasama dengan polis diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Adeline Chang, kerana didakwa menyiarkan gambar kanak-kanak bawah umur di Facebook dengan kapsyen lucah.
Telefon dan kad SIMnya turut dirampas untuk siasatan.
Kisah Alice mula tular apabila dia telah dipecat daripada Auntie Anne's cawangan Mid Valley Megamall serta-merta selepas isu mencium doh roti di premis berkenaan viral.
Francais makanan itu telah ditutup sementara waktu untuk proses nyahkuman dan pembersihan.
Trend Pasaran
Alice Chang Dakwa Kini Hamil Anak Kepada Suami Orang Berstatus Datuk Seri – “Kami Baik Saja, Hubungan Kami Stabil”