Juara GV8, Aliff Aziz mendapat pujian daripada juri tetap Datuk Ramli MS selepas menyanyikan lagu Cik Mek Molek (Datuk M Daud Kilau) pada konsert kelapan.
Puji Ramli, beliau melihat Aliff sebenarnya boleh serasi dengan lagu-lagu lay-man (leman).
“Saya kenal kamu dari GV8 sebenarnya saya tertipu dengan kamu. Hari pertama rehersal kamu sebenarnya penyanyi leman. Saya dengar dia, jiwa tak boleh belajar, itu god given!
“Feel itu semulajadi, kalau pandai macam mana pun akan dengar fake, ini natural. Jiwa dia tebal dengan leman. Kalau saya jadi kamu, saya buat lagu leman, senang jual.
“Dengan imej macam ni, lagu leman, gerentilah!” puji Ramli.
Sementara itu, sahut Datuk Syafinaz Selamat, beliau turut terkejut dengan penampilan baju berkilat Aliff yang mirip penyanyi asalnya.
“Saya confuse sebenarnya, bila tengok Aliff ni pakai baju kilat-kilat pula, tapi berjayalah persembahan ni. Nampak macam Aliff lain, dari mula ohoi pun dah bagus.
“Good job, adakah ini direction muzik anda selepas ni?” tambah Syafinaz.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.