Skip to main content

Berita Tempatan

Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!

astro_gempak_filem-(2).jpg

"Konsesi juga diarahkan menambah kemudahan tempat letak kereta dan tandas mudah alih di beberapa R&R, meningkatkan bilangan petugas, memastikan kecukupan bekalan air serta minyak di stesen-stesen minyak selain mengaktifkan lorong pintar di beberapa lokasi,” menurut kenyataan itu.

Untuk mengetahui status perjalanan, pengguna boleh merujuk aplikasi MyPLUS-TTA oleh PLUS Berhad bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan dan cadangan waktu perjalanan (TTA) oleh pihak Anih Berhad bagi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

BERITA TRENDING:Tersalah Label Ayat Quran Sebagai Hadis Sahih, Status Facebook Influencer Popular Ini Dipersoal Netizen

"Pengguna boleh mendapatkan status semasa trafik lebuh raya atau sebarang insiden di lebuh raya melalui media sosial rasmi LLM dan Syarikat Konsesi seperti di Facebook rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia, aplikasi X @llmtrafik serta tiktok @llmtrafik.

"Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik, LLM di talian hotline 1-800-88-7752. Bagi mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui paparan CCTV di semua lebuh raya, pengguna boleh melayari laman sesawang LLM di http://www.llm.gov.my,” menurut kenyaatan itu.

Sumber: Bernama

Must-Watch Video

Advertisement