Boleh dikatakan setiap hari pelakon dan usahawan Nur Fazura tidak akan terlepas berkongsi mengenai Palestin di setiap platform laman sosial miliknya.
Bagaimanapun, menerusi Instastory, Fazura berkongsi paparan skrin memperlihatkan perkongsiannya mengenai krisis kemanusiaan di Palestin itu dipindahkan lebih rendah di ‘feed’ Instagramnya.
Ia berikutan perkongsian tersebut dianggap membantu mengatur atau menggalakkan aktiviti seksual.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, berkata platform tersebut juga ingin memfitnah dirinya.
“Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” tulis Fazura.
Untuk info, Fazura antara selebriti tempatan yang sentiasa berkongsi mengenai kekejaman dan penindasaan di bumi Palestin.