“Saya sedar masalah ini terjadi kerana media sosial juga. Sebagai contoh, kanak-kanak hingga besar mereka perlukan perhatian. Kita hanya beri pelajaran sehingga mental mereka lemah. Jadi apabila mereka meningkat remaja, mereka akan tunjuk masalah itu ada akan timbul,” ujarnya kepada pemberita.
Amir ditemui pada majlis peluncuran album terbaharunya yang berjudul Kembali di The Curve, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Dalam pada itu, pelantun lagu hits Hasrat itu turut berpesan agar sentiasa mendapat bantuan seperti bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai atau hubungi talian bantuan untuk dapatkan nasihat daripada pakar psikiatri.
“Anda takkan dapat jawapan dari media sosial, perkara ini hanya dapat jumpa bersama psikiatri yang faham psikologi. Mereka lebih tahu bagaimana untuk mengawal diri anda dan sebagainya.
“Kita merdeka sudah 67 tahun, sistem kita masih lagi baharu berbanding negara Eropah dan sebagainya. Dalam perkara falsafah, pelajaran, kesedaran mengenai kesihatan mental kita masih lagi kebelakang. Jadi pihak kerajaan perlu lebih proaktif menangani perkara tersebut,” ujarnya lagi.
Album ketiga selepas Penghibur Jalanan serta Siang dan Malam itu mendapat sentuhan magis beberapa produser dan pemuzik tanah air.
Memuatkan 15 buah lagu – 12 lagu baharu serta tiga lagu yang dirakam semula, pelbagai genre lagu sentuhan pop-rock-folk dengan pengaruh nusantara yang turut mengangkat tema kemanusiaan serta kerohanian.