Dalam pada itu, aktor berusia 37 tahun tersebut turut menyifatkan mana-mana pempengaruh yang cuba menerapkan 'fat positivity' sebagai satu mesej yang tidak sihat dan perlu dihentikan.
"Cakap sahaja awak itu pemalas, awak tak perlu untuk tarik semua orang bersama awak.
"‘Fat positivity’, ia tidak sihat kan? Tapi awak kata ia sihat. Adakah ia mesej yang baik untuk disebarkan?" katanya.
Dalam masa yang sama, Ammar atau pemilik nama sebenar Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri berkata, generasi sekarang sangat berbeza dengan dahulu.
"Dulu boleh panggil orang lain gemuk. Sekarang semua orang macam takut.
"Saya bagi contoh situasi. Kalau dulu kena pukul dengan cikgu, kita takut nak beritahu ibu bapa. Semasa darjah 6, saya pernah kena pukul dengan cikgu dan dia guna tali pinggang.
"Kita akan dipukul lagi kalau beritahu ibu dan bapa," jelasnya.
Sumber: TikTok