Penyanyi, Pasha Ungu meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya yang juga pelakon, Kiesha Alvaro telah menjadi mangsa kekerasan di set pengambaran.
Menerusi perkongsian di Instagram, vokalis kumpulan Ungu itu mendakwa bahawa pelakon, Dimas Anggara telah menampar anaknya dan meminta aktor itu untuk berjumpa denganya dengan kadar segera.
"Suami Nadinelist, Dimas Rangga pelakon sinetron atau apa sahaja, tolong cari saya sekarang. Katanya kamu tampar anak saya di lokasi pengambaran?" luah Pasha kecewa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti lain menyatakan perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi dan mendoakan agar masalah itu dapat di selesaikan dengan baik.