ZAYAN dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan, diwakili oleh Anas Tahir, personaliti ZAYAN Pagi, bersama sukarelawan dari MyCARE telah menyalurkan 30 ekor kerbau menerusi ‘Misi Qurban @ Nepal’ kepada penduduk kampung di dua daerah termasuk Rajbiraj dan Zandaur, pada Jun lalu.
Kata Anas, banyak pengalaman dan perkongsian baharu diperoleh sepanjang dalam misi di Nepal.
"ZAYAN dan MyCARE amat berbesar hati dapat merealisasikan Misi Qurban dengan menyalurkan sumbangan 30 ekor kerbau kepada masyarakat Islam di Nepal. Persiapan dan penyedian Qurban dilakukan sendiri oleh sukarelawan yang terlibat dengan bantuan daripada agensi setempat.
"Kami berterima kasih kepada dermawan-demawan yang terdiri daripada 200 rakyat Malaysia di atas sumbangan mereka untuk menjayakan misi ini.
"Banyak pengalaman dan perkongsian baharu yang diperoleh menerusi perjalanan kami di bumi Nepal, dan peminat dapat menyaksikannya menerusi sebuah dokumentari khas yang telah disediakan di YouTube ZAYAN," kata Anas.
Viral
Anas Tahir Seronok Sertai Misi Ibadah Korban Di Nepal, Sembelih 30 Ekor Kerbau