Alami keindahan nostalgia Hari Raya Aidilfitri yang mempesona dengan koleksi terbaru Isetan Kuala Lumpur, Flora Nostalgia Raya. Diinspirasikan oleh corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional yang rencam, sentuhan moden pada reka bentuk fesyen klasik ini akan membawa anda kembali ke masa lalu.
Berlangsung dari 17 Mac hingga 27 April 2023, koleksi ini menampilkan reka bentuk fesyen eksklusif daripada 25 jenama terkenal Malaysia seperti Tom Abang Saufi, Naelofar, Mimpikita, Rico Rinaldi, Kapten Batik, Variante dan lain-lain.
Daripada baju kurung yang mempesonakan sehinggalah kepada kelengkapan pakaian bergaya moden, setiap helaian mempamerkan kreativiti dan kepintaran jenama dalam menggabungkan tradisi dan kemodenan, menepati semangat Raya dengan sempurna.
Dan siapakah yang lebih baik untuk mempamerkan keindahan Flora Nostalgia Raya daripada pelakon dan model terkenal, Anzalna Nasir? Sebagai seorang ikon gaya sebenar, kepelbagaian pilihan fesyen Anzalna jelas menunjukkan keyakinan dan elegan semasa di permaidani merah mahupun ketika meluangkan masa bersama keluarga.
Keperibadiannya yang pelbagai sebagai seorang isteri dan ibu benar-benar memberi inspirasi, menjadikan Anzalna sebagai ‘muse’ ideal untuk Flora Nostalgia Raya.
"Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kempen Raya Isetan. Tema serta koleksi Flora Nostalgia Raya adalah cantik dan mempesonakan. Saya teruja untuk berkongsi minat saya dalam fesyen dan gaya peribadi saya dengan orang ramai.
"Isetan telah melakukan kerja yang luar biasa menghimpunkan beberapa jenama terbaik di Malaysia, dan saya teruja untuk melihat reaksi pelanggan Isetan terhadap koleksi ini," kata Anzalna.
Viral
Anzalna Teruja Jadi Muse Flora Nostalgia Raya Isetan! - "Tema & Koleksi Tahun Ini Cantik-Cantik"