Skip to main content

Viral

Apa Dah Jadi Pada Wajah Juri Bermulut Pedas, Simon Cowell?

img_5761.png

Bekas juri rancangan American Idol, Simon Cowell mencetuskan kerisauan dalam kalangan netizen apabila dia muncul dengan wajah yang jauh berbeza dengan wajah asalnya menerusi sepotong video baru-baru ini.

Figura berusia 63 tahun itu kelihatan sedikit cengkung, dengan keadaan mata dan mulutnya tidak simetri.

Selain itu, kulit juri Britain’s Got Talent itu turut tampak bersinar dengan barisan gigi yang terlalu sempurna, menyebabkan banyak andaian muncul mengenai kemungkinan Simon menjalani pembedahan kosmetik.

“Boleh tak kita bercakap sebentar tentang Simon Cowell?” tulis seorang pengguna Twitter sambil membandingkan wajah Simon dengan gambar zaman mudanya.

“Simon tak nampak macam ok, ada sesuatu yang tak kena,” ulas seorang lagi netizen.

Sungguhpun Simon mengunci mulut mengenai perubahan wajahnya, namun lelaki itu pernah mendedahkan yang dia menggemari rawatan estetik seperti suntikan botox.

Begitupun, pada April lalu, Simon mendakwa yang dia telah ‘insaf’ daripada menggunakan kaedah itu kerana bimbang kelihatan seperti watak dalam filem seram.
 

?Simon Cowell has sparked concern from fans in a new video shared to social media on Thursday. pic.twitter.com/ncePBmmq3T

Must-Watch Video

Advertisement