Skip to main content

Trend Pasaran

Apa Hukumnya Pergi Tengok Konsert Tapi Berhenti Solat Sekejap Waktu Maghrib?

astro-gempak-konsert.jpg

Umum mengetahui penganjuran konsert selalunya berlangsung pada waktu malam. Kebanyakan konsert bermula sekitar 9 malam dan berakhir sebelum jam menunjukkan ke angka 12 pagi.

Ada juga penganjuran konsert bermula lebih awal, iaitu sekitar pukul 6 petang dan berakhir sekitar 8.30 malam.

Penganjuran konsert pada waktu petang dilihat bukan sahaja memudahkan penonton untuk penonton pulang lebih awal, malah membolehkan mereka yang hadir untuk mengatur perjalanan pergi dan balik menggunakan pengangkutan awam.

Namun, ada satu hal yang mungkin menyebabkan penonton perlu berhenti seketika daripada menonton konsert, iaitu keluar sebentar untuk solat Maghrib ketika konsert sedang berjalan.

Apakah hukumnya pergi menonton konsert dan berhenti sebentar untuk solat Maghrib? Berikut merupakan penjelasan daripada personaliti radio Zayan, Ustaz Tajdid Hadhari kepada Gempak:

“Cuma orang tanya, kalau konsert, bukankah bercampur lelaki dan perempuan? Ya betul, sebab itu kita kena guna kecerdikan kita, agar kita tidak terlibat dengan sesuatu yang syubhah - iaitu kita membawa kepada sesuatu yang haram.

“Kemudian, kalau dia jaga solat macam mana? Bagus alhamdulillah, dah lepas dah kewajipan dia. Tapi dalam konsert tu kena cerdik pula. Dia kena jaga tatasusila diri, jaga adab dia.

"Mudah-mudahan yang menyebut itu berniat untuk ingatkan bukan menghentam. Sebab dalam Islam dilarang untuk kita menghentam dan menghukum tetapi mengingatkan,” katanya.

Must-Watch Video

Advertisement