Nama Meerqeen masih menjadi sebutan ramai menerusi lakonan hebat dalam sebuah drama bersiri baru-baru ini.
Meneruskan kehebatannya, Meerqeen bakal muncul pula menerusi drama rantaian Ash Dan Aish bergandingan bersama Siti Khadijah.
Penangan wataknya dalam drama yang tular sebelum ini turut menarik impaknya hingga ada yang membandingkan dengan drama kali ini.
Bagaimanapun, ada yang turut menitipkan pesan menerusi ruangan komen di Instagram Bambam Studios agar tidak keterlaluan menulis komen termasuk membanding-bandingkan heroin baharu dalam Ash Dan Aish.
.jpeg)
"OMG the comments?? Kalian boleh ship whoever you want but jangan ketepikan Siti Khadijah (Aish) and please I dont wanna see any comparison.
"You do you as long as you dont cross the line. No hard feelings. I just want everyone in this series to be well-recognised and not a single cast kena left out," pesan seorang pengguna di Instagram.
Viral
"Arghhh Yang Ditunggu-Tunggu, Harap Menjadi Chemistry Mereka" - Peminat Teruja Gandingan Meerqeen, Siti Khadijah