Seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa melakukan serbuan.
Menerusi platform Twitter, video yang dirakam pegawai wanita terbabit yang dipercayai diambil sewaktu menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan bersama beberapa pegawai dan anggota lain tular.
Dalam video berdurasi seminit 38 saat itu, pegawai polis wanita berpakaian jaket seragam operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilihat menerangkan sebahagian skop kerjanya menjalankan serbuan dan pemeriksaan.
Dia juga sempat menyampaikan salam dan memperkenalkan beberapa anggota dan pegawai polis yang terbabit dalam serbuan itu.
Malah, dia turut kelihatan teruja apabila siaran langsung itu mendapat 1,900 tontonan, sambil meminta sokongan untuk mencapai sasaran 100,000 pengikut di akaun media sosialnya itu.
So kalau berpaku memang boleh ea buat live time tengah operasi? Taktau pulak. Masa aku kerja dulu anggota post gambar tengah bertugas kena tindakan keras. Maybe zaman dah berubah, aku pun taktau arahan terkini mungkin pegawai saja dibenarkan kot bersosial media time operasi/tugas pic.twitter.com/qLz9aIlJ73