Menerusi video yang dimuat naik, Atikah kelihatan terharu dan gembira membuka bungkusan barang-barang comel tersebut, yang dibeli sendiri oleh suaminya menerusi platform Shopee.
Antara barang keperluan bayi yang dibeli adalah diaper bag, cooler box, nasal suction dan banyak lagi.
Menjengah ke ruangan balas, netizen memuji sikap romantik dan prihatin suami Atikah, yang sanggup meluangkan masa memilih dan membeli kelengkapan buat bayi sulung mereka.
Malah, ada juga yang menyatakan bahawa pasangan ini kelihatan sangat merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk, walaupun mereka merupakan figura terkenal.
“Untungnya dia dapat yang hargai dia, dan sama-sama beli barang untuk anak.. suami yang baik bertuahnyaa wife dia,” tulis netizen.
“Bertuah @therealatikahsuhaime sebab suami ada kerajinan dan tolong shopping kan barang-barang baby dekat shopee,” puji netizen lagi.
“Sweetnya, husband dia betul-betul study weh keperluan baby and wife,” tulis netizen lain.
Sebelum ini, Atikah memaklumkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin pada pertengah bulan Mac.
Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.