Penyanyi, Atilia Haron mendedahkan dia pernah merajuk dengan industri hiburan negara kerana merasakan dirinya kurang dihargai.
Sebaliknya kata Atilia, penerimaan muzik jazz yang diperjuangkannya lebih banyak mendapat perhatian di Indonesia.
“Dapat menyanyi dengan penyanyi hebat selain lagu-lagu pun memasuki carta.
“Kalau di Malaysia, saya rasa seperti dipinggirkan. Lagu irama Jazz yang saya nyanyikan pun langsung tak diputarkan," jelasnya.
Atilia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Gelombang Bahagiaku di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN:Baru Dua Bulan Kahwin, Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia, Atilia Haron Mohon Beri Masa Pada Ibu - “Pemergian Yang Mengejutkan”
ARTIKEL BERKAITAN:Ikan Laga Jadi Inspirasi Atilia Dalam Koleksi Tikar Senaman & Aksesori Fesyen!
ARTIKEL BERKAITAN:Atilia Pernah Tak Nak Bersukan Sebab Risau Berat Badan Turun
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Sesuai Untuk Orang Badan Gempal? Atilia Dedah Mitos & Kebaikan Yoga
ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime Nasihat, Tak Perlu Ambil Produk Kurus - “Kalau Tak Ada Duit Pergi Gym, Naik Bukit Pun Jadi”
Terima hakikat, rezeki ada di mana-mana
Bagaimanapun kata Atilia, dia kini sudah boleh menerima hakikat mengenai hal tersebut selain berlapang dada dan percaya bahawa segala yang berlaku itu bergantung kepada rezeki.
"Tapi itu dahulu, sekarang saya sudah tidak merajuk lagi. Saya kini lebih positif dan percaya rezeki ada di mana-mana kalau rajin berusaha," ujarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Atilia bakal bergandingan dengan ibunya yang juga penyanyi legenda, Salamiah Hassan untuk Konsert Gelombang Bahagiaku.
Konsert tersebut diadakan pada 16 Ogos depan, jam 8.30 malam di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Konsert anjuran Mujik Wand Production ini menawarkan tiket berharga RM150 hingga RM350 dan boleh dibeli menerusi laman web ticket2u.