Skip to main content

Berita Tempatan

Aufahanie Sebak Lihat ‘Wallpaper HP’ Arwah Abang Letak Gambar Keluarga - “Sekarang Polis Masih Siasat Untuk Tahu Ada Unsur Jenayah Atau Tidak”

astro-gempak-wallpaper.jpg

Gambar keluarga yang diletakkan di 'wallpaper' telefon bimbit milik Allahyarham penyanyi Nidza Afham menyentuh hati adiknya yang juga penyanyi Aufahanie.

Selain itu juga, Aufahanie mendedahkan arwah juga ada menyimpan gambar teman wanitanya di dalam dompet.

"Masa handphone dijumpai wallpaper handphone abang ada gambar kami satu family.

"Lepas tu dompet dia terbuka dan ada gambar girlfriend dia," katanya kepada Gempak ketika ditemui di Hospital Shah Alam pada Khamis.

Biarpun masih berduka dan terperanjat dengan kematian abangnya itu namun penyanyi berusia 21 tahun itu tetap reda.

Dalam pada itu, Aufahanie turut memaklumkan pihak polis masih menyiasat kes abangnya untuk mengetahui adakah ia melibatkan jenayah atau tidak.

"Sekarang polis masih dalam soal siasat untuk tahu ada unsur jenayah atau tidak.

"Tapi macam yang dihebahkan beg duit ada tapi debit kad dan cash hilang. So kena soal siasat dahululah sebab itu proses ambil lama sikit," ringkas Aufa.

Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemui di Sungai Klang petang semalam, dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.

Allahyarham abangnya yang juga penyanyi Nidza Afham juga dikatakan mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan teman wanitanya iaitu Hazmiera.

Dalam pada itu, Aufahanie turut mendedahkan dia dan Allahyarham abangnya pernah terpisah ketika masih kecil disebabkan ibu bapa mereka bercerai.

Sentiasa menjadi tempat mengadu, Aufahanie berkata hubungan mereka bagaimanapun kembali rapat selepas meningkat dewasa.

Namun sejak mempunyai teman wanita, arwah abangnya sudah jarang berkongsi luahan dengannya.

Semalam jenazah dikatakan  ditemui pada pukul 7 malam hari Rabu kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Must-Watch Video

Advertisement