Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan sebab mengapa dia meluahkan perasaan di platform X tempoh hari mengenai rasa tidak suka sesetengah kelompok individu terhadapnya dirinya, terutama ketika dia kini sedang mengikuti pertandingan The Hardest Singing Show (THSS).
Ayda berkata, disebabkan misinya untuk melakukan yang terbaik, dia mahu tetap fokus dengan apa yang ada dihadapan, bukan di belakangnya.
“Kalau ikutkan nak terasa hati tu banyak kali… Saya rasa mungkin kita dalam competition (THSS) dan penat yang saya alami itu sudah sampai luar limitasi. Bila baca orang tak appreciate kita buat atau orang rasa kita tak bagus atau ada artis lain yang lebih bagus.
Menurut Ayda, dia juga seorang manusia biasa dan ‘terasa hati’ itu dianggap satu hal yang normal bagi dirinya.
“Kalau nak cakap terasa hati, of course ada. Kita manusia, bukan robot. Apa dia cakap tu kadang-kadang buat saya mahu give up juga. Kita ni kuat untuk buat apa yang kita suka. I want to be in this competition, not just to win, insya-Allah, tapi untuk buat persembahan.
“Dari dulu kita nak buat apa dan tunjukkan apa yang kita mampu buat. Bukan saya sahaja malah artis lain juga.
Kadang kadang… saya terfikir….. kenapa orang tak suka saya… tapi takpela. Saya cuba lagi. Nak amik hati orang memang susah. Macam nyanyi sambil potong badan.. hahahahahahah! Sakit gila ??
— Ayda Jebat (@Ayda_Jebat) June 4, 2024
“Jika ada komen yang melampau, saya maafkan sebab kita tidak tahu situasi mereka bagaimana. Kalau baik saya ambil, kalau berlebihan saya maafkan,” tutur Ayda.
Selain Ayda, barisan peserta yang masih lagi bertanding ialah Aepul Roza, Aishah Retno, De Fam, Putera Muhammad, Stacy dan Zizi Kirana.
The Hardest Singing Show bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, pukul 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).