Berita Tempatan Azhan Rani Kesal Cara Kasar Anggota PBT Layan Penjaja ZULHILMI JALIL 15/07/2020 | 17:23 MYT aku terkesan bila terlihat rakaman video amatur pagi ni di fb. tak pasti apa kisah sebenarnya. mungkin sahaja video lama atau baru. tapi yang buat aku terkesan apakah melaksanakan undang2 memberikan lesen besar untuk kita menjadi biadap, kejam, hilang kesantunan terhadap orang tua dan golongan yang dikuatkuasakan dengan undang2 ini. apakah undang2 menolak segala pertimbangan kemanusiaan yang ada dalam diri individu yang seharusnya bergelar manusia.? aku pasti mesti ada cerita sebenar antara penguatkuasa yang sampai sekasar itu terhadap pakcik tua tu. mungkin saja provokasi pakcik tu atau kedegilan dia. namun, di pihak pakcik tua tu pula mesti ada juga kenapa dia sampai sanggup sehina itu mempertahankan barang2 dia. kenapa sanggup dia jadi begitu. kita tak dilahirkan sama rata mewah dan hidup ini kita punya nasib yang berbeza demi sesuap nasi. undang2 adalah kedaulatan yang harus dipertahankan, harus dihormati namun perlaksanaanya indah kalau menyantuni. asas untuk dihormati adalah menghormati. manakala kemanusiaan adalah naluri yang perlu sentiasa ada dalam diri yang membezakan kita dari haiwan atau sebarang mahkluk tuhan yang lebih keji. mungkin mana2 PBT boleh memperhalusi cara menangani hal2 seperti ini dengan lebih berhemah, mengelakkan perasaan dendam mahupun benci kepada pihak yang dikenakan tindakan juga orang awam yang memerhati. kita di malaysia yang penuh aman dan masih kuat dengan toleransi. kita bukan negara bergolak seperti rakyat palestine dan tentera israel. tulisan ini sekadar pendapat untuk malaysia yang lebih harmoni dari kacamata seorang rakyat yang sehalus pasir. mohon dapat dipertimbangkan untuk difikir2kan? A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on Jul 14, 2020 at 7:14pm PDT Topik Berkaitan #Azhan Rani #Penjaja #Pihak Berkuasa Tempatan Must-Watch Video Read more