Menurut Baggio atau pemilik nama sebenar Bahagia Daharun, dia seronok meluangkan masa bersama penonton di siaran langsung sambil mengalunkan lagu-lagu Damasutra yang tidak dimainkan di stesen radio.
“Bagus platform ini, kawan-kawan selebriti saya sama usia pun ada yang buat live, jadi saya tidak terdesak kerana saya masih aktif dalam persembahan pentas di mana-mana.
BERITA TRENDING: “Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di
BERITA TRENDING: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa
BERITA TRENDING: Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”
BERITA TRENDING: Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil
“Saya seperti kanak-kanak baru belajar medium baru yang sangat berbeza berbanding kehidupan dulu. Keseronokan dirasa bukan sebab pendapatan diraih tapi apabila dapat berhubung dengan peminat saya secara terus.
“Ada yang rindu nak dengar saya nyanyi, saya nyanyi lagu live akustik, saya kongsi lagu yang tidak sempat radio mainkan waku dulu.
“Saya kongsi pengalaman bagaimana jadi penyanyi, permulaan saya dalam industri.
“Apabila mereka join siaran langsung dan saya beri respons hi, mereka jawab: wow. Itu pun dan buat mereka teruja. Inilah komunikasi dua hala yang saya mahukan.
“Ini adalah satu peluang perlu direbut selebriti yang lebih 30 tahun dalam industri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Platform Digital GIG Pempengaruh Tempatan Influenstar Asia Dot Com baru-baru ini.
Bagaimanapun, Baggio mengakui bahawa TikTok sememangnya menjadi salah satu platform yang membantu dirinya menjana pendapatan sampingan.
Malah, platform berkenaan juga membuka peluang kepada dirinya dengan tawaran kerja daripada beberapa pihak.
“Dari segi pendapatan okay sebab mereka (penonton) bagi gift (hadiah), alhamdulillah saya seronok kerana mereka hargai saya, sebab saya pun mahukan suasana baharu yang saya tak rasa waktu dulu.
“Dari segi jana pendapatan melalui TikTok, saya tidak lah dapat macam orang lain hingga berbelas ribu sekali harung.
“Alhamdulillah, kalau kumpul tiga hingga empat kali (live) boleh juga keluarkan kira-kira RM3,000. Lagipun saya bukan ke arah menjadi TikTokers, saya masih aktif menyanyi,” ujarnya lagi.